Breaking News
Loading...

Pengenalan BAKSIS

Share on Google Plus



 BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA SABAH JORDAN ( BAKSIS )
 [ جمعية الخيرية للطلبة الصباحيين  بالأردن ]


BAKSIS merupakan satu-satunya persatuan bagi pelajar-pelajar negeri Sabah yang menuntut di Jordan bumi Ardul Kinanah ini.Persatuan ini telah berdaftar di bawah EMJ ( Education Malaysian Jordan ) sejak tahun 2007 yang lalu.


Seperti yang kita sedia maklum , tedapat satu persatuan induk bagi semua pelajar Malaysia di Jordan iaitu MPMMJ ( Majlis Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan ) yang mana di bawah MPMMJ ini terdapat 10 persatuan kecil dibawahnya bagi mewakili setiap negeri masing-masing di Malaysia antaranya Sabah , Sarawak , Johor , Negeri Sembilan , Melaka , Selangor ,Wilayah Persekutuan , Pahang , Terengganu , Kelantan , Pulau Pinang , Kedah & Perlis.BAKSIS merupakan salah satu daripada persatuan yang terlibat secara langsung di bawah MPMMJ bagi memudahkan gerak kerja mereka.

Badan-badan ini,bukanlah ditubuhkan dengan sia-sia,bahkan setiap badan mempunyai dasar,visi misi tersendiri bagi membantu pelajar dari negeri masing-masing.Begitu juga dengan tertubuhnya BAKSIS pada tahun 2007,yang mana pada ketika itu pelajar Sabah yang menuntut di Jordan hanya dalam 5 orang sahaja sehinggalah saban tahun semakin meningkat telah telah mencecah seramai 42 orang ahli rasmi & 5 orang ahli bersekutu pada tahun ini (2012).

Bersesuaian dengan motto BAKSIS iaitu " ILMU WADAH KEJAYAAN ",dasar yang BAKSIS bawa pada kali ini ialah berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah.Hal ini kerana bertepatan dengan hadis Rasulalah s.a.w yang berbunyi :

 تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما : كتاب الله وسنتي
Maksudnya:
“Aku tinggalkan kamu dua perkarayang mana kamu tidak akan sesat selama mana
 
kamu 
berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur'an) dan sunnahku.”
(
HR Malik bin Anas )



You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook