Breaking News
Loading...

:: Syiar Islam Jerman ::

Share on Google Plus

Syiar Islam Jerman
WALAUPUN umat Islam merupakan golongan minoriti di Jerman, tetapi syiar Islam di situ terus mendapat tempat dalam kalangan warga negara Barat itu.
Hal ini apabila Presiden Jerman, Joachim Gauck mengiktiraf komuniti Muslim sebagai salah satu warga sosial negara berkenaan dengan menegaskan tanah air adalah hak milik semua warga negara.
Malah kata beliau lagi, ia diakui apabila ribuan masjid dan pusat komuniti Islam telah dibina di seluruh negara itu, malah tiada halangan untuk mereka berbuat demikian.
Selain itu, Joachim menegaskan bahawa setiap Jabatan Teologi Islam di setiap pusat pengajian tinggi di negara itu merupakan satu pusat yang memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun negara.
"Penubuhan Jabatan Teologi Islam yang menawarkan pengajian Islam merupakan satu pragmatik kerajaan untuk tujuan masa hadapan.
"Kita percaya melalui pendidikan, setiap warga Jerman termasuk umat Islam dapat menggunakan ilmu dipelajari untuk tujuan kemajuan dan pembangunan negara,â ujar Joachim ketika melawat Pusat Teologi Islam Universiti Munster.
"Kita mahu pendidikan ini dapat diajarkan pula kepada sekolah-sekolah agama, masjid dan universiti. Sehubungan itu, kewujudan Pusat Teologi Islam penting kepadaJerman,â ujar beliau.
Dipercayai terdapat hampir 4 juta warga Islam di Jerman, termasuk seramai 220,000 berada di Berlin, sekali gus meletakkannya sebagai negara Eropah kedua selepas Perancis yang memiliki penduduk Muslim teramai.
Jumlah penganut Islam Jerman dikatakan disumbangkan dengan kehadiran rakyat Turki yang berhijrah ke negara itu sejak dekad lalu. Namun begitu, tanggapan negatif terhadap komuniti Muslim Jerman muncul sejak kebelakangan kerana wujudnya perdebatan hangat mengenai imigrasi Islam ke negara itu.
Menerusi satu tinjauan baru-baru ini oleh Universiti Munster mendapati bahawa Jerman melihat umat Islam lebih negatif daripada jiran-jiran mereka di Eropah. Begitu pun ucapan dikeluarkan oleh pemimpin utama negara itu, sedikit sebanyak telah meredakan ketegangan yang melanda itu.
Artikel Penuh: Utusan

You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook