~ PERISTIWA-PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN ~
PERISTIWA-PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN
Malaikat Jibril datang kepada Nabi s.a.w membawa wahyu
Setelah usia baginda genap 40 tahun (yang dianggap sebagai puncak kesempurnaan jiwa manusia dan dikatakan bahawa para nabi diangkat menjadi rasul pada usia ini) mulailah tanda-tanda kenabian melambai dan memancarkan kilaunya kepada baginda dari balik ufuk kehidupan. Tanda itu berupa mimpi yang benar. Baginda bermimpi kelihatan seperti fajar menyingsing di waktu subuh. Hal itu berlangsung selama enam bulan.
Baginda memikul amanah kenabian selama 23 tahun dan mimpi yang benar itu termasuk salah satu daripada 46 tanda kenabian baginda. Hingga akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun ketiga sejak baginda beruzlah di Gua Hira, Allah berkenan melimpahkan rahmat-Nya kepada baginda untuk menjadi pemimpin bagi seluruh penghuni bumi. Allah memuliakan baginda dengan kenabian dan mengutus Jibril kepada baginda dengan membawa beberapa ayat al-Quran.
Dengan mengamati dan menganalisis pelbagai bukti dan dalil, kita boleh memastikan bahawa peristiwa itu terjadi pada hari Isnin, tepatnya pada malam ke-21 bulan Ramadhan, bertepatan dengan tarikh 10 Ogos 610 M. Umur Nabi Muhammad ketika itu tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari berdasarkan perkiraan bulan. Sedangkan, jika memakai kiraan matahari, maka umur baginda waktu itu ialah 39 tahun 3 bulan 22 hari.
sumber: Raheeq Al-Makhtum; Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan yang disusun oleh ustaz Syihabudin Ahmad
wallahualam
#1 hari 1 juzuk
#1 hari 1 juzuk
0 comments