Breaking News
Loading...

[ KENYATAAN RASMI MPMMJ : DR. ZAKIR NAIK, GUDANG ILMU PENYATU UMAT ]

Share on Google Plus

KENYATAAN RASMI MPMMJ : DR. ZAKIR NAIK, GUDANG ILMU PENYATU UMAT


1. Rentetan daripada kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia, dengan ini pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) ingin menyatakan pendirian tetap lagi utuh bahawasanya pihak MPMMJ menyokong padu segala aktiviti ceramah dan jelajah Dr. Zakir Naik sepanjang keberadaan beliau di Malaysia. 

2. Sokongan yang jitu ini diberikan atas dasar kewibawaan Dr. Zakir Naik yang merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama. Beliau juga berjaya menarik minat ribuan mereka yang 'Non-yet-Muslim' untuk menganut Islam selepas dibentangkan hujah-hujah kukuh yang bersifat akademik dan ilmiah kepada mereka. Pencapaian dan ketokohan beliau juga terbukti apabila beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013.

3. Pihak MPMMJ ingin menyatakan pendirian bahawa kami sama sekali tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang ingin menyekat kebebasan akademik apatah lagi hal ini melibatkan maruah Malaysia yang terkenal sebagai pusat pembangunan dan perkembangan Islam global.

4. Akhirnya, saya selaku Presiden MPMMJ menyeru kepada seluruh umat Islam amnya dan ahli MPMMJ khususnya agar menyuburkan lagi budaya harmoni sesama kita dan menjauhi persengketaan yang bakal merugikan kita pada masa hadapan.

"Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama"

Ku Abdullah Hakim Bin Ku Sulong,
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ).

You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook