Breaking News
Loading...

Share on Google Plus

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Ulamak Qiraat Dunia Islam
-Imam Hafs-
Namanya ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadiy al-Kufiy al-Bazzaz [penjual pakaian] . Dikenali dengan Hufais . Merupakan kawan dan anak tiri kepada Imam Asim . Ia juga digelar Abu Amru.
Membaca al-Quran secara bertalaqqi di hadapan Asim dan menjadi mahir sehingga disaksikan sebagai salah seorang ulama . Sesungguhnya beliau sangat banyak menghafal.
Oleh kerana itulah riwayatnya masyhur dan banyak imam-imam menerima bacaannya secara talaqqi termasuk sahabat-sahabatnya . Tidak menjadi pelik kerana Imam Asim sebagai bapa tiri yang mendidiknya sendiri . Setelah Imam Asim meninggal , beliau pula menjadi tempat menimba bacaan al-Quran oleh masyarakat dalam tempoh yang agak lama .
Bacaan al-Quran menurut riwayat Hafs daripada 'Asim adalah bacaan majority umat Islam di dunia. Mengikut statistik, sembilan puluh lima peratus (95%) daripada umat Islam membaca al-Quran mengikut riwayat ini, manakala riwayat-riwayat yang adalah bacaan minoriti umat Islam. Warsy daripada Nafi’: 3%, iaitu di Algeria, Morocco, Tunisia, Barat Afrika dan Sudan, Ibn ‘Amir: 1%, iaitu di sebahagian Yaman, Qalun daripada Nafi’: 0.7%, iaitu di Libya dan sebahagian Tunisia dan Qatar, dan Duri daripada Abu ‘Amr: 0.3%, iaitu di sebahagian Sudan dan Barat Afrika.
Dalam satu seminar al-Quran, Sheikh Husien al-Sabbah,seorang tokoh al-Quran yang pernah berkhidmat di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pernah ditanya akan hal mengapakah Riwayat Hafs sangat mashyur di Dunia Islam.
Sheikh Husien al-Sabbah menjawab, faktor tersebarnya Riwayat Hafs dalam dunia Islam pada hari ini kerana tiga sebab utama.
A) Khilaf bacaan yang terdapat dalam riwayat ini amat sedikit berbanding riwayat lain. Terdapat hanya satu imalah sahaja iaitu dalam surah Hud, satu tashil sahaja iaitu dalam surah Fussilat, satu raum atau isymam sahaja iaitu dalam surah Yusuf, empat tempat saktah iaitu dalam surah al-Kahf, Yasin, al-Haqqah dan al-Mutaffifin. Dan beberapa khilaf yang lain.
B) Sanad Riwayat Hafs adalah secara langsung dan bersambung daripada beliau hingga kepada Rasulullah SAW tanpa wasitah atau perantaraan sebagaimana beberapa riwayat lain seperti Qunbul, al-Bazzi, Khalaf dan Khallad.
Dengan maksud Imam Hafs bertalaqqi dan mempelajari al-Quran dari Imam Asim. Imam Asim pula bertalaqqi dari gurunya Abu Abdulrahman al-Sulami yang menekuni bacaan al-Quran daripada gurunya Ali Ibn Abi Talib r.a yang mengambil al-Quran daripada Rasulullah SAW.
C) Semua pembawa sanad Riwayat Hafs adalah ulama al-Quran yang tersohor dan amat dipercayai pada zaman mereka.
wallahualam
Sumber:
1.Utusan Malaysia
2.Blog Alkuttab
3.Qiraat Imam 'Asim Riwayat Hafs: Kajian Terhadap Dua Toriq oleh Abd Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh Norazman bin Alias.


You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook