Breaking News
Loading...

[RAMADAN COUNTDOWN]

Share on Google Plus

Assalamualaikum wbt.
4 hari lagi!
Masa berlalu begitu pantas. Walau sibuk bagaimanapun diri kita, jangan lepaskan peluang Ramadan yang datang setahun sekali dengan menyediakan persiapan rapi sebelum ketibaannya.

Tips 2: I know What I Did Last Ramadan.

Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah saw, bahawa baginda bersabda, "Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt.
(HR Imam Tirmidhi)

Hadis di atas menggambarkan urgensi muhasabah (evaluasi diri) dalam menjalani kehidupan dunia ini, tidak kira dari apa aspek pun. Kerana hidup di dunia ini merupakan sebuah 'planning' mega dalam mencapai misi besar seorang hamba; iaitu redha Rabbnya. Lalu dalam usaha itu, evaluasi diri sangat memainkan peranan penting, bahkan dengan jelas Rasulullah mengaitkan evaluasi dengan kesuksesan, sedangkan kegagalan diikuti dengan hawa nafsu dan banyak angan.

Jadi, untuk memastikan ke'osem'an Ramadan kali ini, mari menilai Ramadan kita yang lepas. Teruskan/upgrade apa yang baik, dan senaraikan apa perkara yang perlu dielakkan dan diperbaiki supaya kesalahan yang lalu tidak akan diulangi lagi!

Selamat bermuhasabah (:

Allahumma baligna Ramadan.

.: RUH Dibina, MINDA Dijana :




You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook