Breaking News
Loading...

[ RAMADAN COUNTDOWN ]

Share on Google Plus

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah sampai sudah kita di bulan didamba, Ramadan Al Mubarak. InsyaAllah malam ini kita akan mula solat terawikh. Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan lalu dan jadikan lah bulan ini sebagai madrasah melazim diri dgn amal-amal bermanfaat yg membawa kita lebih dekat dgn Nya.

Pada kesempatan ini juga, Biro Dakwah dan Intelektual serta seluruh kepimpinan BAKSIS mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan
كل عام وأنتم إلى الله أقرب

Tips 6: Memperbaiki niat.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda,

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu cari habuannya, atau kerana perempuan yang dia mahu kahwini, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Niat selalu menjadi perkara pertama yang perlu diperkemas tiap kali melakukan sesuatu perkara, supaya apa yang dilakukan sentiasa berada pada landasan yang betul. Malah, kerap kali kita dipesan, niat itu bukan sahaja diperbetulkan semasa permulaan, bahkan semasa pertengahan dan pengakhiran kerja kita.

Kita tidak mahu melakukan amal yang zahirnya terlihat baik, namun apabila dipersembahkan kepada Allah di hari akhirat kelak, ia hancur bagaikan debu yang berterbangan, Ù‡َبَآءً Ù…َّÙ†ْØ«ُورًا. (Furqaan; 25:23)

Siapa orang itu?
Orang itu adalah orang yang melakukan pelbagai amal, namun di dalam hatinya tiada kerana Tuhannya. Amal itu tidak dilakukan atas dasar keimanan –yang mengaitkan hati dengan Allah swt.

Barangsiapa yang berpuasa kerana Allah, maka hatinya akan mendapat menemui Allah sepanjang perjalanan puasanya itu. Bukankah itu impian utama kita memasuki bulan Ramadan? Maka, ayuh perkemaskan niat!

Semoga kita diganjari taqwa.

Allahumma ballighna ramadan.

.: RUH Dibina, MINDA Dijana :.


You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook