Breaking News
Loading...

:: KAHFI JOM ::

Share on Google Plus

Assalamualaikum. Hari ini kami akan membawakan anda kepentingan-kepentingan dari Surah Al-Kahfi.
Diantara yang disebut didalam hadis :
Telah memceritakan kepada kami Sulaiman Ibn Harb telah menceritakan kepada kami Syukbah dari Qatadah dari Anas r.a berkata : Nabi saw bersabda, "Tidak diutuskan seorang Nabi melainkan telah memperingatkan kaumnya akan seseorang yang buta mata sebelah lagi berdusta, ketahuilah sesungguhnya ia (Dajjal) buta sebelah matanya, sedang Rabb kalian tidak buta sebelah, dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR."
[Shahih Bukhari, Kitabul Fitan, 7131/Bab Pada Menyebut Akan Dajjal]
Isi kandungan :-
1) Dajjal merupakan ujian terbesar yang akan menimpa umat Nabi Muhammad S.A.W. Nabi S.A.W bersabda didalam sebuah hadis tidak ada fitnah yang lebih besar selain fitnah Dajjal. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang muslim mempersiapakan diri untuk menghadapi fitnah Dajjal.
2) Diantara kisah yang disebut oleh para ulama’ tentang Ad-Dajjal ialah pada zaman berlakunya fitnah, Dajjal akan menghidupkan orang yang sudah mati, menumbuhkan pokok-pokok dan tanam-tanaman, serta menurunkan hujan pada tempat yang kering kontang. Demikianlah dasyatnya fitnah si pendusta ini sehingga diriwayatkan bahawa Dajjal membawa gunungan roti yang mana makanan orang mukmin ketika itu hanyalah tasbih dan takbir.
3) Imam Al-Qurtubi mengulas didalam kitabnya, Dajjal itu buta sebelah mata kanannnya, dan pada sebahagian riwayat mata kiri. Qadhi Iyadh berkata didalam menyulas hadis berikut, adapun yang dikehendaki dengan makna hadis ialah samaada buta mata kanan atau kiri.
4) Ada juga diceritakan didalam hadis yang sohih bahawa Dajjal akan membunuh seorang lelaki yang soleh, kemudian dihidupkan kembali, setelah itu Dajjal mencuba untuk membunuhnya lagi, tetapi tidak berjaya, dan dikatakan bahawa beliau adalah Nabi Khidhir A.S! (menurut pendapat sebahagian ulama’).
5) Kesimpulannya, Dajjal merupakan salah satu alamat kiamat al-kubra, yang dijanjikan kepada manusia diakhir zaman untuk menguji keimanan manusia yang benar-benar beriman dengan Allah S.W.T. Besarnya fitnah Dajjal ini sehingga amat dikhuatiri oleh Rasulullah S.A.W kerana ia merupakan sebesar-besar fitnah yang menimpa umat beliau, sehinggakan disebut oleh para ulama’ makruh hukumnya tidak membaca doa perlindungan daripada Dajjal ketika solat (sebahagian ashab). Wallahu’alam.
Rujukan :
1) Tazkirah Imam Qurtubi Fi Ahwaalil Mauta Wal Akhirati Juzuk 2
2) Sahih Al-Bukhari, Kitabul Fitan




You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook