Breaking News
Loading...

Share on Google Plus


Mereka yang bertambah ilmunya,tetapi digunakan untuk mendapat perhatian di mata dunia, maka itu ada musibah. Kerana Allah menghendaki ilmunya, tetapi tidak menghendaki dirinya(si penuntut ilmu) itu untuk mendekati-Nya. Ini adalah niat mereka yang mahukan ilmu untuk disanjung. 

Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang diamalkan dan membuatkan si penuntut ilmu lebih bertambah takutnya kepada Allah. Membezakan yang haq dan batil.

Dicampakkan ilmu ke dalam dada mereka, tetapi tidak dicampakkan cahaya ke hati mereka yang menuntut ilmu untuk bermegah-megah.

Maka dengan itu, berhati-hatilah dengan apa yang kamu niatkan di dalam hati kamu. Kerana cahaya Allah itu akan dimasukkan ke dalam hati secara terus bagi niat-niat yang suci dan soleh. 




You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook