:: POLIGAMI ::
[Fiqh Muasarah]
Oleh : Biro Dakwah & Intelektual
Oleh : Biro Dakwah & Intelektual
Benarkah poligami itu sunnah?
Poligami merupakan antara kemaslahatan yang dikurniakan Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Umat-umat terdahulu juga diberi hak berpoligami, contohnya syariat Nabi Musa diberi pilihan untuk berkahwin sebanyak-banyaknya mengikut kehendak. Manakala syariat Nabi Adam A.S pula dibolehkan berkahwin dengan saudara sekandung dan sebagainya.
Mengikut catatan para ilmuan islam, hukum berpoligami itu harus, ia tidak sunnah seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Pendapat ini merupakan pendapat yang paling banyak dipersetujui oleh ulama’ fekah. Dalilnya, Rasulullah s.a.w bermonogami selama 25 tahun, baginda tidak berkahwin dengan mana-mana wanita semasa hidupnya Khadijah. Beliau hanya berkahwin atau berpoligami setelah wafatnya Khajidah kira-kira 10 tahun sahaja.
Rasulullah juga pernah melarang Saidina Ali untuk memadukan Fatimah R.A kerana dikhuatiri akan merosakkan agamanya akibat cemburu. Begitu juga, Rasulullah tidak membenarkan mana-mana puterinya dimadukan oleh mana-mana lelaki.
Jika ditelusuri, Islam menggariskan ketetapan yang cukup ketat untuk berpoligami. Allah S.W.T berfirman didalam Al-Quran :
"..Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki..." [Surah An-Nisa : Ayat 3]
"..Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki..." [Surah An-Nisa : Ayat 3]
Islam juga menetapkan hak sebagai seorang wanita apabila enggan membenarkan suaminya untuk berpoligami, malah dia boleh meminta untuk dilepaskan atau menebus khuluk jika demi kepentingan menjaga agamanya (salah satu dalil kisah isteri Thabit bin Qais minta diceraikan).
Seperti kata segolongan manusia, "kalau cakap-cakap bidaah,
sekiranya mahu, maka ia boleh dilakukan tanpa mengambil kira suara isteri pertama", merupakan mitos bualan yang seringkali menjadi bahan gurauan orang ramai. Bahkan, jika dikatakan, poligami itu menjamin manusia dari melakukan zina, maka mampukah masyarakat kini yang banyak melakukan zina berlaku adil kerana lemahnya iman? Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.

Gubahan dari :
Sebarkan Cinta-Mu Oleh Ustazah Fatimah Syarha
Qasas Al-Anbiya' Imam Ibnu Kathir
Qasas Al-Anbiya' Imam Ibnu Kathir
0 comments