10 amalan menjelangnya Ramadhan
Oleh : Biro Dakwah & Intelektual
Oleh : Biro Dakwah & Intelektual
1) Memperbanyakkan doa
diriwayatkan daripada para salafussoleh, mereka seringkali berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh nabi s.a.w apabila menjelangnya Ramadhan.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)
(HR. Ahmad dan Tabrani)
2) Bersyukur kerana diberi peluang untuk berpuasa dibulan Ramadhan tahun ini.
kerana diantara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Menceritakan khabar gembira kepada orang lain tentang kedatangan Ramadhan.
Seperti yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w seringkali memberi khabar gembira kepada para sahabat apabila tibanya ramadhan.
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.”
(HR. Ahmad).
(HR. Ahmad).
Salafussoleh juga sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan rahmat.
4) Rancanglah setiap ibadat yang akan dilakukan dibulan Ramadhan kerana ganjaran pahala yang diberikan kepada orang yang beribadat pada bulan ini berlipat ganda.
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.
“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6) Mengulangkaji semua panduan-panduan beribadah dalam bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum sebelum menunaikan sesuatu ibadah agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. Firman Allah s.w.t :
“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” [Q.S. Al-Anbiyaa(21): 7]
7) Sambut Ramadhan dengan taubat.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8) Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang hikmah-hikmah berpuasa agar mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
9) Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.
10) Sambutlah Ramadan dengan keazaman yang kuat.
Kepada Allah, dengan taubat nashuha
Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.
Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.
Wallahu'alam.
0 comments