Breaking News
Loading...

Share on Google Plus

Keutamaan Bulan Sya'ban
Oleh : Biro Dakwah & Intelektual
Bulan Sya’ban adalah bulan mulia yang disunnahkan bagi kaum muslimin untuk banyak melakukan ibadat-ibadat sunat. Sebagaimana yang dikatakan dalam satu riwayat, pada waktu Nisfu Sya’ban terjadi peristiwa besar bagi umat muslim dimana terjadi pemindahan kiblat kaum muslimin dari baitul maqdis ke arah masjidil haram. Adapun kelebihan-kelebihan Bulan Sya'ban pula banyak dinyatakan didalam hadis-hadis yang shahih, antaranya :
Hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah didalam Shahih Al-Bukhari :
“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak pernah berbuka, dan dia berbuka sampai kami mengatakan dia tidak pernah puasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasanya selama satu bulan kecuali Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat dia berpuasa melebihi banyaknya puasa di bulan Sya’ban.”
Disebutkan juga didalam satu riwayat juga bahawa Bulan Sya'ban adalah bulan kelalaian, kerana ramai manusia yang terlalai dari ketibaan Ramadhan, Sabda Rasulullah saw :
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفِلُ النَّاسُ عَنْهُ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَال إِلى رَبِّ العَالمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عملي وَأَنَا صَائِمٌ
“Ia adalah bulan di saat manusia banyak yang lalai (dari beramal shalih), antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan di saat amal-amal dibawa naik kepada Allah Rabb semesta alam...“ (HR Tirmizi)
Namun demikian, apakah hukum menghidupkan malam nisfu sya'ban?
Seperti yang diriwayatkan daripada Al Qasthalani berkata: “Ulama penduduk Syam berbeza pendangan terhadap hukum menghidupkan malam nisfu sya’ban Pendapat yang pertama, dianjurkan menghidupkan malam tersebut dengan berjemaah di masjid., Khalid bin Mi’dan dan Luqman bin ‘Amir, dan selainnya, mereka mengenakan pakain bagus, memakai wewangian, bercelak, dan mereka menghidupkan malamnya dengan shalat. Hal ini disepakati oleh Ishaq bin Rahawaih, dia berkata tentang shalat berjamaah pada malam tersebut: “Itu bukan bid’ah!” Hal ini dikutip oleh Harb Al Karmani ketika dia bertanya kepadanya tentang ini. Kedua, bahawa dibenci (makruh) berjemaah di masjid untuk shalat, berkisah, dan berdoa pada malam itu, namun tidak mengapa jika seseorang shalatnya sendiri saja. Inilah pendapat Al Auza’i, imam penduduk Syam dan faqih (ahli fiqih)-nya mereka dan ulamanya mereka.”
Kesimpulannya, bulan sya'ban yang dikenali dengan bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah' dalam kalangan kaum arab (dahulunya masyarakat Arab pada ketika itu akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi menyambut ketibaan ramadhan yang panas) dijanjikan seribu ganjaran kepada mereka yang beribadat padanya. Hal ini jelas terbukti melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para imam hadis. Diantara kalam ulama mengenai kelebihan bulan sya'ban seperti kata Imam Syafie didalam Sunnan Al-Kubra :
“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam Aidul Adha, malam Aidil Fitri, malam pertama bulan rejab, dan malam Nisfu Sya’ban”.
Wallahu'alam.
Rujukan :
Teks Khutbah Jumaat 2015
Fatawa Al Azhar, Juz 10
Sunnah Al-Kubra, Imam Baihaqi

You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook