:: KEUTAMAAN ILMU ::
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t~
Pada post kali ini ingin membicarakan tentang Adab-adab Menuntut Ilmu.
Sebagaimana yg semua maklum sebagai seorang pelajar kita perlulah mematuhi adab-adab menuntut ilmu agar mendapat keredhaan dan keberkatan dari ILLAHI.Semoga Bermanfaat :
Sebagaimana yg semua maklum sebagai seorang pelajar kita perlulah mematuhi adab-adab menuntut ilmu agar mendapat keredhaan dan keberkatan dari ILLAHI.Semoga Bermanfaat :
1)Elakkan diri daripada elemen-elemen yg boleh memudharatkan akhlak yg terpuji kerana ilmu adalah cahaya dan mudah mendekati orang yg baik budi pekertinya.
2)Jangan terikat dgn hal ehwal keduniaan secara berlebihan kerana ia membuka ruang untuk melalaikan fikiran drpd memfokuskan perhatian sepenuhnya terhadap ilmu pelajaran.
3)Tidak boleh bersikap takbur dan sombong terhadap guru.
4)Pelajar yg tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri drpd mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dlm kalangan manusia sama ada melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat.Ia bertujuan utk mengelakkan kekeliruan pemikiran dan pemahaman terhadap disiplin ilmu yg baru dipelajari.
5)Seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu melainkan ia telah mempertimbangkan dgn sebaik mungkin.Sesuatu ilmu yg dipelajarinya perlulah dikuasai dgn baik sebelum mengambil keputusan utk mempelajari disiplin ilmu yg lain.
6)Tidak memaksa diri utk menguasai semua bidang ilmu secara sekaligus.Kuasailah ilmu mengikut tahap dan tingkatkan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yg ada pada diri seseorang.
7)Tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami cabang ilmu yg sebelumnya.
8)Seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif serta falsafah sesuatu disiplin ilmu yg dipelajari.
9)Perlu ikhlas dalam menuntut ilmu.
10)Setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yg dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yg perlu didahulukan drpd ilmu yg berbentuk sampingan.
- Ruh Dibina,MINDA Dijana -
0 comments