Breaking News
Loading...

::sedikit info ::

Share on Google Plus

Adalah dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian seperti diatas.
Permohonan atas talian akan dibuka pada :
01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari.
Dan akan ditutup pada :
16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari.
Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke :
Bahagian Education Malaysia,
Jabatan Pengajian Tinggi
selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang :
Perubatan,
Pergigian,
Farmasi,
Pengajian Islam.
Semua permohonan hanya diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Nama: Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-8870 6611/6627

You Might Also Like

0 comments

Entri Populer

About me

Like us on Facebook